Pembuka awal kota Madinah, pemuda yang syahid di jalan dakwah. - Mus'ab bin Umair.
Dengan tangannyalah Islamnya Usaid bin Khudair, manusia duduk bertilawah bersama malaikat. Dengan tangannya juga Islamnya Saad bin Muaz, manusia yang kematiannya telah menggegarkan arasy Allah SWT.
Mus'ab bin Umair berperanan penting dalam Hijrah Rasulullah; terutamanya ketika tempoh persediaan Hijrah. Rasulullah telah menghantar Mus'ab sebagai duta Islam yang pertama ke Yathrib, kerana beliau adalah seorang pemuda yang baik perilakunya, cantik rupa parasnya dan lembut tingkah lakunya.
Mus'ab bin Umair menjadikan rumah As'ad bin Zurarah sebagai pejabat Kedutaan Islam yang pertama dan beroperasi sebagai pusat penyebaran Islam. Penduduk Yathrib kagum dengan kebaikan akhlak dan ketampanan wajah Mus'ab bin Umair sekaligus menarik mereka untuk datang ke pejabat Kedutaan Islam dan memahami Islam dengan lebih dalam.
Tidak cukup dengan itu, Mus'ab bin Umair sendiri masuk ke setiap rumah untuk menyebarkan risalah Islam. Sehinggakan tiada satupun rumah yang tidak diketuk oleh Mus'ab bin Umair. Usaha keras beliau menyebabkan majoriti penduduk Yathrib memeluk Islam. Beliau kemudiannya menyusun penduduk Yathrib membentuk masyarakat sehingga Rasulullah mengizinkan untuk mendirikan solat Jumaat di sana. Mus'ab menjadi orang yang pertama memimpin solat Jumaat di Yathrib.
Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari kesungguhan dan pengorbanan Mus'ab bin Umair untuk membangunkan Islam. Marilah kita belajar dari Mus'ab bin Umair yang telah membentuk penduduk Yathrib sehingga iman mereka sangat tinggi dan mendorong mereka untuk itsar, berkorban, berjuang dan mati di jalan Allah SWT.
Mus'ab bin Umair ibarat seorang putera ketika di Mekah. Namun, matinya beliau dengan kedua tangannya terpotong, dadanya ditembusi tombak.